Kenapa Istighfar?
Istighfar dalam pengertian (Bahasa Arab: إستغفار) adalah memohon ampunan atas segala dosa yang dilakukan oleh seorang hamba dengan upaya untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Memohon Keampunan
Dalam Islam, istighfar adalah tindakan meminta maaf atau memohon keampunan daripada Allah. Ia adalah salah satu bahagian yang penting dalam Islam.
Tindakan ini pada umumnya dilakukan dengan mengulangkan perkataan (Bahasa Arab: إستغفار اللَّهَ) astaghfirullah, yang bermakna "Saya meminta keampunan Allah".
Seorang Muslim menyebut perkataan ini beberapa kali, bukan sahaja ketika meminta ampun dari Allah sebagai doa, malah juga ketika dia sedang berbicara dengan orang lain. Apabila seorang Muslim hendak mencegah dari melakukan perbuatan yang salah, atau juga ketika dia mahu membukti bahawa dia tidak bersalah pada satu peristiwa dia menggunakan pernyataan ini. Setelah solat, seorang Muslim menyebut pernyataan ini tiga kali.
Bentuk Lafaz Istighfar
- أستغفرالله , أستغفرالله
Dalil Al Quran
Firman Allah S.W.T:
“ | "Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan beristighfar kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat." - (Surah An-Nasr:3) Hukum IstighfarIstighfar merupakan suatu ibadah yang mulia dan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah swt, baik hal tersebut untuk dirinya sendiri maupun untuk orang lain. Oleh itu, kedudukan hukum Istighfar itu sendiri adalah seperti berikut:-
more info: |
No comments:
Post a Comment